Cari prospek dengan AI untuk SME Malaysia
Susah cari customer? Pening sales slow? Biar Dyno Leads bantu anda cari lead.
- Kami cari lead di kawasan anda, yang sesuai dengan produk anda.
- Kami sediakan teks WhatsApp custom untuk setiap lead.
- Anda cuma tekan hantar. Itu sahaja.
20 lead percuma · tanpa kad kredit · tiada yuran bulanan
Kami cari. Kami tulis. Anda hantar.
Empat langkah, semua dari telefon.
-
01
Anda pilih jenis & kawasan
Contoh: kedai runcit di Kota Bharu. Anda nampak anggaran caj sebelum mula.
-
02
Kami cari & tapis lead
Kami cari di Google Maps dan buang kedai rating rendah, yang dah ada website (jika perlu), dan yang pernah minta STOP.
-
03
Kami sediakan teks
AI baca review, beri skor kesesuaian dan tulis mesej custom ikut profil produk anda.
-
04
Anda tekan hantar
Buka WhatsApp dengan mesej siap. Tanda status, dapat peringatan follow-up.
Mesej WhatsApp jualan yang orang baca
Mesej umum mudah diabaikan. Dyno Leads tulis mesej yang sebut perkara sebenar tentang kedai itu, dan masalah yang produk anda boleh bantu.
- Pujian spesifik dari review Google kedai
- Ayat produk dan penutup ikut tulisan anda sendiri
- Perkataan dilarang ditolak automatik
- Tiada harga atau janji yang anda tak tulis
Selamat untuk nombor anda
Tiada blast, tiada bot tak rasmi. Itu cara paling cepat nombor WhatsApp kena sekat.
- Anda sendiri tekan hantar untuk setiap mesej
- Cadangan 10–15 mesej sehari setiap nombor
- STOP kekal: kedai tu takkan muncul lagi
- Satu kedai, satu produk dalam 30 hari
Harga mudah, tiada yuran bulanan
Anda hanya bayar bila cari lead.
-
1 · Cuba
Percuma
20 lead atau 14 hari, mana dulu. Tanpa kad kredit.
Mula percuma -
2 · Aktifkan
RM23.90 sekali
Bayar sekali sahaja untuk teruskan selepas percubaan.
Daftar sekarang -
3 · Bayar ikut lead
lebih kurang RM0.36 / lead
Tambah baki, guna bila perlu. Satu lead = satu kedai yang sesuai, lengkap dengan mesej WhatsApp siap ditulis.
Tambah baki Anggaran lead RM20 ± 55 lead RM50 ± 135 lead RM100 ± 275 lead
Harga lead ialah anggaran: caj sebenar ikut kos AI dan Google Maps untuk carian anda (+20% caj perkhidmatan), dan bergantung pada kawasan dan jenis bisnes. Anggaran caj ditunjuk sebelum setiap carian. Tambah baki melalui FPX, kad atau e-wallet (CHIP). Jana semula mesej dan follow-up AI percuma.
Soalan lazim
Adakah Dyno Leads hantar mesej secara automatik?
Tidak. Dyno Leads cari kedai, pilih yang sesuai dan tulis mesej. Anda tekan "Buka WhatsApp", semak mesej, dan tekan hantar sendiri. Ini jaga nombor WhatsApp anda daripada disekat dan memastikan setiap mesej betul.
Dari mana senarai kedai datang?
Dari Google Maps. Anda pilih jenis bisnes dan kawasan (contoh: kedai runcit, Kota Bharu). Sistem tapis ikut rating, bilangan review dan sama ada kedai dah ada website.
Boleh guna untuk produk saya?
Boleh, untuk apa-apa produk atau servis yang anda jual kepada bisnes lain: sistem POS, website, pemasaran, katering, percetakan dan lain-lain. Anda tulis profil produk sekali, AI guna untuk setiap mesej.
AI akan reka harga atau janji palsu?
Tidak. AI hanya guna ayat dan fakta dalam profil produk anda dan review kedai. Mesej yang ada harga luar profil, perkataan dilarang atau tiada pilihan STOP akan ditolak secara automatik.
Apa jadi bila kedai balas STOP?
Tanda lead sebagai "Tolak / STOP". Kedai itu takkan muncul lagi untuk semua produk anda. Kedai yang dah dihubungi juga tak boleh dapat mesej produk lain anda dalam 30 hari.
Berapa harga?
Cuba percuma dulu. Lepas tu aktifkan akaun dengan bayaran sekali RM23.90. Selepas itu anda hanya bayar ikut lead dari baki prabayar. Anggaran RM0.36 setiap lead: contohnya baki RM50 cukup untuk lebih kurang 135 lead. Tiada yuran bulanan.
Berapa caj satu carian?
Ikut penggunaan sebenar. Anggaran caj ditunjuk sebelum anda tekan cari, dan caj sebenar biasanya kecil. Carian berhenti sendiri jika baki habis, jadi anda tak akan dicaj lebih dari baki.
Boleh cuba dulu?
Boleh. Percubaan percuma 20 lead atau 14 hari (mana dulu), tanpa kad kredit.
Bayar macam mana?
Melalui CHIP: FPX online banking, kad atau e-wallet. Tambah baki bila perlu (RM20, RM50, RM100). Tiada caj automatik, tiada kontrak.
Biar kami cari lead. Anda fokus closing.
Daftar dalam satu minit, isi profil produk, dan dapat lead pertama hari ni.
Cuba percuma