Polisi Privasi Dyno Leads
Polisi ini menerangkan bagaimana DynoPOS Technologies memproses data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
1. Data yang kami kumpul
- Akaun: nama, e-mel, nama bisnes, telefon bisnes, kata laluan (disimpan dalam bentuk hash).
- Bayaran: rekod transaksi (jumlah, tarikh, status). Butiran kad/akaun bank diproses oleh CHIP, bukan kami.
- Data kerja anda: profil produk, nota, status lead, teks yang dijana AI.
- Data bisnes dari Google Maps: ID tempat disimpan; nama, telefon, rating dan review disimpan sementara (cache) dan dipadam secara automatik.
- Log penggunaan: bilangan token AI, panggilan Google, alamat IP semasa log masuk.
2. Tujuan
Menyediakan Perkhidmatan, mengira kuota dan bil, keselamatan akaun, sokongan pelanggan, dan mematuhi undang-undang.
3. Pihak ketiga
- Anthropic (AI): data kedai dan profil produk dihantar untuk dinilai dan ditulis mesej.
- Google Maps Platform: carian dan butiran bisnes.
- CHIP: pemprosesan bayaran.
- Penyedia pelayan dan e-mel kami.
Sebahagian pihak ini memproses data di luar Malaysia. Kami tidak menjual data anda.
4. Senarai STOP
Bila anda tanda sesebuah bisnes sebagai STOP, ID tempat dan nombor telefonnya disimpan dalam workspace anda supaya bisnes itu tidak dihubungi lagi. Rekod ini disimpan selagi akaun anda wujud.
5. Tempoh simpanan
Data akaun disimpan selagi akaun aktif dan sehingga 12 bulan selepas akaun tidak digunakan, kemudian dipadam, kecuali rekod bayaran yang perlu disimpan mengikut undang-undang.
6. Hak anda
Anda boleh meminta akses, pembetulan atau pemadaman data anda dengan menghubungi kami. Kami akan membalas dalam 21 hari.
7. Hubungi kami
DynoPOS Technologies · Pasir Mas, Kelantan